Tip-tip Temuduga Pegawai Penerangan.

Sejujurnya saya bukan orang yang layak memberikan tip-tip seperti yang diminta oleh rakan dalam blog ni. Tetapi selepas seminggu dua saya fikir apa salahnya berkongsi sedikit pengalaman yang saya ada. Ditambah juga dengan ilmu yang dicedok dari cerita rakan-rakan yang sama-sama berjaya dalam temuduga yang sama tahun lepas. Maklumlah kami baru habis berkursus; Kursus Asas Pegawai Penerangan S41.

Jika tidak silap saya Temuduga yang bermula esok ialah untuk Pegawai Penerangan S41 (Pendidikan Kesihatan). Pertama-tamanya tahniah, berjaya ke peringkat temuduga.

Saya ditemuduga oleh En Mohd Sukari Ab Hamid dan seorang lagi pegawai dari SPA berpangkat Datuk, maaf saya terlupa nama beliau. Temuduga dijalankan sepenuhnya di dalam Bahasa Malaysia. Tetapi mereka yang dibilik sebelah di temuduga dalam dwi bahasa BM dan BI. Jadi medium yang digunakan bergantung kepada penemuduga. Sila jawab dalam bahasa yang digunakan oleh penemuduga.

Antara soalan yang ditanyakan kepada saya ialah;

  1. Perkenalkan diri anda
  2. Ceritakan pengalaman kerja anda?
  3. Apa yang anda faham tentang integriti?
  4. Apakah sumbangan anda terhadap syarikat tempat anda berkerja sekarang?
  5. Kenapa anda berhenti kerja dari NCIA?
  6. Kenapa mahu berkhidmat dengan kerajaan?
Pegawai dari jabatan lebih berminat untuk mengetahui tentang diri anda, tetapi pegawai SPA akan cuba provok anda, sila jawab secara sederhana dan berhemah. Tentang komen diprovok oleh penemuduga SPA hampir semua dari batch saya setuju memang SPA provok kaw-kaw punya.

Satu lagi soalan kegemaran dari wakil penemuduga jabatan
  1. Anda berminat jadi Pegawai Penerangan atau PTD (hahaha... sah-sah jawab pegawai penerangan)
  2. Anda boleh atau tidak dihantar berkhidmat di mana-mana seluruh Malaysia?
Tapi dua soalan ini tidak ditanya pada saya.

Antara tip-tip lain di ambil dari internet yang saya guna pakai;
  1. Jangan pakai minyak wangi ( mana tau dia alergik bauan)
  2. Bawa satu beg yang kecil dan ringkas sahaja ke dalam bilik temuduga
  3. Beri salam dan hanya duduk bila dibenarkan
  4. Pakai baju yang bersesuaian (lihat etika berpakaian dalam portal SPA)
Saya rasa itu sahaja. Harap tip ini dapat bantu saudari Ani dan Nadia. Pada saudari Nadia, maaf saya tidak dapat jawab pangilan anda tempoh hari. Harap tidak berkecil hati. Sorry Ya.... peace. Semoga berjaya and good luck!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

126 comments:

Anonymous said...

apa yang penting be urself..jgn sesekali menipu mereka tau jika kita menipu...jika xtau ckp je xtau...mcm saya terus terang je..konfiden itu penting...papepon best of luck...

Zaid Onn Ibrahim said...

see... extra tips, anyway thanks

Zaid Onn Ibrahim said...

see... extra tips, anyway thanks

ss_izal said...
This comment has been removed by the author.
ss_izal said...

berapa lama temuduga berjalan? sikit saja nampak soalan dikemuka. doakan saya, ada apa tips tambahan tak? hehe. temuduga saya pada 19 april ni. tq

Anonymous said...

hmmm..sy dpt tmdg esok utk peg penerangan pndidikan kshtan ni...knp la br hari ni sy trjmp blog anda..kalo x, blh sy mtk pe2 lg tips tmdg, huhuuu...

Zaid Onn Ibrahim said...

Hai izal,
6 soalan di atas ialah soalan pokok, setiap kali anda jawab akan ada beberapa soalan susulan. Biasalah...... Selalunya calon akan ditemuduga dalam tempoh 30 ke 45 minit.

Coretan ku... said...

First of all, Congrats ..sebab dah jadi Pegawai Penerangan. and thanks for your tips.

Saya lulus PAC untuk dua jawatan Pegawai Penerangan & Pelajaran Kesihatan.

However, gagal temuduga untuk Pegawai Penerangan cuma tunggu temuduga untuk Pelajaran Kesihatan. Interview pada 30 April.

Agak nervous cuma saya nak tanya apakah soalan yang berkaitan jabatan akan di tanya?

ss_izal said...

ye mntak cik zaid ulas juga ye, soalan berkait jabatan serta dasar negara jika ada. tq

Zaid Onn Ibrahim said...

Salam buat cik izal Dan coretan ku,
Sebenarnya peg penerangan Dan pendidikan kesihatan 2 jabatan yang berbeza. Peg penerangan di bawah Jab Penerangan, KPKK, peg penerangan pendidikan kesihatan di bawah KKM.

Jadi saya rasa untuk interview peg penerangan pendidikan kesihatan kamu perlu focus pada;
1. Penyakit terkini
2. Info tentang KKM, hospital2, Pusat darah negara dll
3.dasar2 kesihatan negara
4. Kempen2 kesihatan semasa
5. Tapi penemuduga SPA Akan Tanya tentang isu semasa negara dan diri anda.

ss_izal said...

saya baru di temuduga untuk jawatan s41 pegawai penerangan oleh spa pada pagi tadi 19.4.2012. Ada dua penemuduga. Seorng ministry health dan seorang lagi dari spa. interview hanya dikuasai oleh spa saje. Health sempat bertanya soalan yg seingat saya bagaimana handle stress
da
n apa tugas2 jawatan ini. Memang semacam mana zaid ckp, spa provoke kita,saya dgn cara membuat seolah jawapan yg kita berikan semua x tepat atau x betul. Cara dia dgn downkan kita sehingga kita rasa macam salah bagi jawapan. ↲
.apa tugas jawatan ini (health)(bi)↲↲
.cara handle stress(health)(bm)↲↲↲
.cerita mengenai diri sendiri (spa)bm↲
.kenapa perlu ambil anda berkerja(bi)(spa)↲
.kenapa minat kerja kerajaan (spa, bi)↲
6. Apa perkara anda x suka buat sewaktu anda kerja dulu tp mmg kena buat(spa, bi)
7.apa sebab anda berhenti kerja atau ingin berhenti kerja dr tempat asal(spa bi)
spa adalah dr sabah cakapnya agak susah nak paham, perlu penuh attention. Health x banyak kerenah. Nasib pac saya adalah dgn health yg sama. Sekurangnya dia nampak capability saya. So soalan setakat saya ingat itu saje, kalau ingat lg saya post, isu semasa pun x tanya, dasarkerajaan pun x tanya

ss_izal said...

saya ditegur wktu jawb bm wktu ditanya dalam bi. Bukan x pandai jawab. Pakar. Hehe. Tp semacam x ready bila ditanya how are you. Saya jawab,baik. Ingatkan santai dan sebab mindset saya interview gov cakap bm. Hehe.

Zaid Onn Ibrahim said...

Sbb tu saya Pesan guna medium bahasa yg digunakan Oleh penemuduga. Soalan psl kerajaan x byk kan...... They want to know your experiences more than your knowledge about government.

SPA provoke Lebih sbb dr segi permarkahan, SPA =80% ministry =20% je....

Jd jgn pandang enteng pd spa.

Izal thanks for sharing.

Coretan ku... said...

Thank you so much pd Izal & zaid.. you guys help me a lot for my preparation.. I will share my experience after my interview (30 April 2012)..

ss_izal said...

another thing that health asked me is:

tell me about social marketing( bi health)

since my background is from marketing.

focus more on the sabahan spa, most of the candidate felt that they fell something when making an eye contact to the sabahan, but for me, its ok, nothing to worry. go all the way coretan. hope that we shall be with zaid onn. hehehe

Zaid Onn Ibrahim said...

hahahaha..... amin..

Rabikha said...

hi...terima kasih atas informasi yang sangat berguna ini.Saya juga akan hadiri temuduga pada esok hari.

Rabikha said...

hi...terima kasih atas informasi yang sangat berguna ini.Saya juga akan hadiri temuduga pada esok hari.

Nadia Ameer said...

Hi zaid...!!! terima kasih banyak2 sbb buat entri ni khas utk saya dan kwn2 yg lain..terharu bila tgk ada nama sendiri kt blog awak. Insyallah saya cuba buat yg terbaik. kalau ada rezeki kita berjumpa ya? maaf sbb saya selalu ganggu awak sbb saya betul2 risau dan nervous. huhu..Nway, thanks a lot for d tips! May Allah gives big rewards to u..Amiin.

Anonymous said...

Just nak share my experience... as i promised. Basically my session not going well. The session take about 45 minute. I'm the first candidate for the interview. SPA officer had an indonesian accent, and KKM look curios about certificate and he view several times my document. That make me feel very uncomfortable.

Anyway, hanya dua soalan berdasarkan jawatan, the rest mereka tanya out from topic. Only 2 Soalan dari KKM and the rest from SPA. [i hd the feeling, i xdpt keje ini]. Soalan ditanya:

1. What is your name? Asking about my Diploma & Degree? Current Salary? Brief about current job?
2. Explain how my degree can be relate with the job?
3. Ciri billboard yang baik? [Dah jawab soalan, but dia cakap jawapan i salah. However, jawapan dia bagi sama je dengan jawapan saya. Saya pelik & confius>
4. Do you understand about healthy lifestyle? How frequent do you exercise? [soalan ditujukan khas, because of my size] Then the fellow said, as officer you should apply healthy lifestyle because you became an idol for civilian.
5. Apakah penyakit top di Malaysia? [Jawapan dibagi berdasarkan information to MOH portal, however the officer not very satisfied with my answer]
6. Knowledge is power. What type of knowledge is power? [Ternganga bila dengar soalan, however cuba jawab but the interviewer bagi jawapan lain]
7. Pernah terima hadiah, & pernah tak tanya apa tujuan mereka bagi hadiah?

Conclusion, i feel bad about myself

from,
Coretanku...

ss_izal said...

biasa tu wahai anonymous, soalan ditanya kepada saya seolah aura yang sama dengan awak ni. saya dapat rasakan orang yang interview tu pun orang yang sama.

ss_izal said...

salam zaid. alhamdullilah saya dapat join government melalui jawatan ini. tengah tunggu surat aje. berapa lama ye cik zaid surat nak sampai. hehe bedebar pulak

Zaid Onn Ibrahim said...

Wah tahniah!!!!!!!
Saya dulu terima 2 surat 1 dr SPA - surat tawaran berkerja dengan kerajaan, yang kedua dari Japen - surat makluman lapor diri.

Bila surat tu akan sampai saya x tahu, sbb saya dulu ada masalah dengan SBPA, surat saya digantung 3-4 bulan.

Anyway tahniah sangat2. Selamat datang ke Perkhidmatan Awam. Suka-nya saya!!!!

Nadia Ameer said...

Hii zaid, saya nadia.. Masih ingat lagi?? Alhamdulillah saya dapat jawatan tuu.. Tapi belum tau bila tarikh dan tempat di mana saya ditawarkan...awak dapat area mana ye? Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga sebab bagi mcm2 tips sebelum temuduga... Semoga satu hari nanti kita dapat berjumpa dan berkongsi lagi macam2 cerita ya? Hehe... Okey, take care..

Zaid Onn Ibrahim said...

Tahniah Nadia. InsyaAllah... saya ada di selayang, bertugas di kolej komuniti selayang. Nnt kita jumpa ok. tahniah sekali lg. huhu...

SS709 said...
This comment has been removed by the author.
ss_izal said...

saya dah dapat surat dari spa sekarang, tunggu untuk surat dari kementerian pulak. masih tak tau di mana akan di hantar. zaid boleh ceritakan apa kerja jawatan kita, zaid di kolej komuniti, apa tugas di sana ye??

Zaid Onn Ibrahim said...

Sebenarnya skop kerja kita tak sama, walaupun kedua-duanya di panggil peg penerangan. kerana saya Peg penerangan Jab Penerangan Malaysia, cik izal ialah peg penerangan kesihatan khas untuk kementerian kesitan sahaja.

Saya bertugas sebagai PRO di kolej komuniti. Peg penerangan japen jika tidak bertugas dgn japen akan bertugas dgn kementerian atau agensi atau jabatan kerajaan yang lain sebagai PRO.

Tugas saya terlibat dalam pengurusan acara kolej, Pengurusan media untuk tujuan promosi kolej dan juga menjawab aduan berhubung kolej. serta lain2 yang bersangkut ttg komunikasi korporat dan perhubungan awam kolej.

ttg peg penerangan kesihatan saya kurang pasti.

Anonymous said...

Hi Zaid....

Rindu dekat awak...nanti kita sama-sama menggonggong kerja sebagai Pegawai Penerangan yang cemerlang ahakksss...

Anonymous said...

sy nk tanye tau x brp lama time-based S41 ke S44

Zaid Onn Ibrahim said...

hi there...
nak rindu balik juga, tapi siapa ye?
setahu i yg menggonggong dan digonggong tu hanya si Debb saja huhu...
Tapi mungkinkah debb? cam tak sama je huhuhu.....

Zaid Onn Ibrahim said...

time based 41 ke 44?
wowwwww...
that depend on u, as new officer the most important is to get urself 'confirm' within 3 years. itu yg penting.
after u confirm then only start ur chase for 44 post. it could b 4 or 5 or 6 yrs or more...
set ur target, work smart + hard, hv good network + plus luck InsyaAllah, dont forget pray these all i can think so far hahahaha....
gud luck.

Anonymous said...

Hi zaid. saya baca blog awak sblm pergi temuduga.
masa search2 tips online n i stumbled upon ur blog. sgt membantu. terima kasih.
alhamdulillah saya lulus temuduga dan telah dpt surat dr spa. agak2 berapa lama akan dpt surat dr kkm ye? saudara ss_izal dh terima surat penempatan dr kkm?

Zaid Onn Ibrahim said...

alhamdulillah, seorg lg kawan blog saya lulus temuduga.. Tahniah!!!!!! selamat berkhidmat dgn kerajaan. ;)

Surat dr kementerian selalunya lambat. selalunya dlm tempoh satu bulan u akan terima surat dari kementerian 'a very last minute letter' pemberitahuan lapor diri huhu....

klu bertuah around 2 wks b4 lapor diri klu kurang bertuah 1 wk b4 or few days b4. ;p

Zaid Onn Ibrahim said...

itu experience saya dgn KPKK, KKM xtau lah

Anonymous said...

Oh. sebulan ye. saya belum buat medical check up n akuan sumpah. agak2 sempat ke saya buat semua tu selepas dpt surat from kementerian?

Medical check-up n akuan tu cuma perlu sehari dua je kn?

Anonymous said...

hi..
blh minta pdpt ckit..
sy bru dpt surt tmuduga pembantu penerangan..
sy xtau nk prepare ape??
blh tlg sy x

Anonymous said...

slm..
sy bru dpt surat tmuduga pmbntu penerangan..
apa yg sy prlu prepare??

Zaid Onn Ibrahim said...

klu buat surat akuan sekejab je, ambil cop di mahkamah saja. tp utk medikal check up kena buat dgn hospital kerajaan, sbb ia akan dikira afdal, klu dgn swasta jatuh makruh.sbb klu ada masalah u akan kena attack knp buat dgn swasta.

saya dulu seminggu juga nk siapkan medikal cek up sbb kena buat temujanji, dan buat pemeriksaan gigi di klinik gigi kerajaan. xleh buat kat satu tempat. klu buat kat HKL mmg mcm buat lawatan ilmiah di HKL lah... semua bgnn panjat dan lawat.

Zaid Onn Ibrahim said...

lg satu klu swasta byr sendiri x boleh claim, hospital kerajaan free.

Anonymous said...

salam.. ada kawan2 yg dah dapat surat penempatan s41.. mcm mana puas hati tak..?

umimah said...

salam.. sy br dpt surat interview peg penerangan.. besanya ms interview in english ke bm yer??

ss_izal said...

bru call td, lepas dah hmpir sebulan dpt tahu keputusan. Katanya 25hb/6/2012 sudah post surah. Agak lewat juga tu.Betapa jauhnya dihantar sehingga ke SABAH. Adeh....

Kepada semua, elok je dpt tahu result, cepat la telepon kementerian terlibat, rupanya boleh negotiate penempatan tu lagi.

Zaid Onn Ibrahim said...

Ada yang bertanya ttg jawatan pembantu penerangan. itu post yg mmg konfem akan keje dgn Jab Penerangan.
Saya tidak berkerja dgn japen, jd saya x dpt nk cr info ttg jawatan ni.
maaf ya, sudah juga tanya rakan2 di japen, tp dkt2 dgn pilihanraya ni, semua org pon busy ;p.
apa pun gud luck, cr info ttg kementerian dan jabatan, tahu sikit2 psl dasar negara, sbb japen mmg sgt dkt dgn kerajaan dan dasar2nya. ikuti isu/berita semasa dan praktis jawab soalan 'perkenalkan diri anda' mesti bg yg uummhhhh!!!

Zaid Onn Ibrahim said...

wah dpt di sabah, mencabar tuh!!! tp klu setakat di KK xde apa nk risau, bandar di malaysia semuanya sama dan KK sekarang well known antara bandar plg happening
wink wink**
gud luck,
sabah ok bah....
saya x student ums

ss_izal said...
This comment has been removed by the author.
ss_izal said...

wah boleh mintak connection untuk rumah sewa dan lain lain kalau saya sememang postingnya di KK

"Kepada semua, elok je dpt tahu result, cepat la telepon kementerian terlibat, rupanya boleh negotiate penempatan tu lagi"
----> ayat saya ni bermaksud,dalam kes saya akan ada beza masa surat dikeluarkan, first dari spa dan kemudiannya dari kementerian. jadi maksud saya bila di check keputusan di spa.gov.my boleh la terus telefon kementerian terbabit untuk nego posting.

selepas surat keluar dari kementerian MUNGKIN sudah terlambat.

Anonymous said...

Faizul: Salam kak Zaid Onn...saya baru Je dapat email daripada SPA untuk temuduga Pegawai Penerangan di jabatan Penerangan...Jadi saya nak Tanye, Akak Ade x tips terkini tentang temuduga tu ye?tarih temuduga tu adalah pada 25 July 2012 nanti...harap Akak boleh Bantu saya.....

Zaid Onn Ibrahim said...

oleh saja. masih ada ramai kawan di sana. ;p

Saya bukan dgn japen, jd ini sajalah tips yg saya ada. bukan tip sgt pon, cuma ini adalah soklan yg ditanya pd saya masa temuduga dulu.

saya skung di jpkk, jd yg terkini ttg japen susah nak tahu, sbb sekarang dkt dgn pilihanraya agaknya mesti tahu byk isu semasa kot. apa yg pasti SPA pegang 80% dr markah keseluruhan temuduga nmpk sgt x adilkan...
tp ini maklumat dr psm jabatan so pandai2la, dan peg spa akan tanya lebih byk soklan dr peg japen. Peg SPA very tricky and suka provok. nasihat saya answer wisely, moderate and humble.

gud luck faizul.

Wani Muchyz Ltd said...

sis, saya akan inteview utk jwtn peg penerangan s41 on 18 july. saya sgt curious actly psl temuduga ni. inilah 1st time saya interview sepnjng hidup saya. hehehe. seblum ni attend utk ujian bertulis je.. tips akak byk membantu ^_______^. saya nk tahu ada kemungkinan tak para penemuduga tu akan tanya soalan based on subjek2 yg kita belajar dlu? i mean dia refer dkt transkrip then asking quest from there.. tq kak..

ss_izal said...

kepada wani, ada soalan akan di tanya, contoh seperti soalan saya sertakan di atas, tetapi hanya satu atau dua soalan sahaja, tidaklah akan dominate keseluruhan interview proses. ATLEAST INI APA YANG SAYA HADAPI UNTUK INTERVIEW SAYA

Zaid Onn Ibrahim said...

hai wani,

saya stuju jugak mcm yg izal ckp mungkin akan disentuh... ia bergantung pada penemuduga. mungkin mereka akan tanya mungkin juga tidak.

cth saya bukan budak mass com, mereka tanya kenapa saya x kerja dlm bidang yang saya belajar dulu. mereka x pergi secara mendalam ttg apa yg saya belajar. tp mereka ingin tahu apa yg saya buat to keep myself relevant to job market since bidang yg saya ambil di universiti tidak menawarkan peluang kerja yang byk di malaysia.

jd jika anda tidak pernah berkerja contoh sbb ckp x pernah pergi interview x tahulah klu u refered to interview kerajaan, mereka akan tanya knp x pernah kerja dan apa usaha yg da dibuat utk berkerja. u must hv gud answer, dont be shy, u must talk ur point, because peg penerangan japen bermakna u in talking business. so u must show them that u can talk, diorg boleh faham dan percaya apa yg u ckp. mesti stay firm to ur point. tp bkn berkeras, sbb peg spa sgt provokasi jd mesti tahu bila nk berlembut. ur ekpresion kena betul dgn nada yg betul.

mcm yg saya ckp sebelum ni setiap kali u jwb soklan mereka, kena beri jawapan yg bijak, sederhana dan merendah hati. they tend to like candidate yg mcm ni. lg pun spa pegang 80% dr markah keseluruhan.....

tackle both of them... org japen plak suka klu u ni pendebat ke pemidato ke, pernah hantar artikel ke majalah ke, dan aktif dlm persatuan2. klu ada, highlight, jgn ingat diorg akan baca dr resume, sbb dirg tgk je x baca pun... x tahu la sbb penemuduga saya 2 2 lelaki...

anyway gud luck wani....

Anonymous said...

salam kak,
sy pun dpt intrvw utk jwtn ni 17 hb ni..sy risau pasal, klu xdpt jawab soalan yg ditanya, ap perlu saya buat, n sy pling bermasalah klu kene speaking2 ni...bleh bantu saya..

Anonymous said...

Faizul: terima kasih kak Atas tips tersebut...saya nak Tanye Akak, sebenarnye jawatan pegawai penerangan ni Ada exam Ke sebelum di pnggil untuk ditemuduga?ke memang xde xam?saya pelik, saya dengar Ada yang pergi Ujian bertulis sebelum dipanggil utk temuduga...Akak de info tak tentang ni...

Zaid Onn Ibrahim said...

bab speaking ni susah nk ckp, mcm saya penemuduga tidak menggunakan BI lgsg, sepenuhnya dlm bhs melayu. tp bilik sebelah campur.. klu dia ckp bI u kena reply ini english lah. berckp ni konfiden je, betul ke salah lantakkan. jgn er.. er...dalm bilik temuduga ni, salah x kena marah, betul x kena puji. so redah jelah.

setahu saya ada 3 peringkat utk msuk temuduga
1. ujian SPA
2. Assesment ( bertulis dan berkumpulan)
3. Temuduga

Anonymous said...

Faizul: yer Ke?ermm...pelik juga ye kak...Sy xde pg mana2 ujian pn tentang jawatan ni...cuma skali je awal tahun lps..tu pun untuk jawatan PTD....Tp yang ni tiba2 di panggil utk temuduga bagi jawatan pegawai penerangan ...mmm...pape pn, Akak doakn sage ye kak....harap segalanya dpermudahkn olehNya...aminnnn....

Zaid Onn Ibrahim said...

itu rezeki namanya......
gud luck

just reminder... dun tell to many people about that hahahaha... u get what i mean?

Anonymous said...

Faizul: thanks kak....okee....noted. Ermm....ape2 pun Harappa memang terlalu besar tok mnyandang jawatan ni..Tp tu la..x nak terlampau mengharap keterlaluan...takut kecewa nanti...apa2 Pun, saya akan ingat semua tips dan pesanan dari Akak dan rakan-rakan yang lain dalam blog ni...terbaik la blog ni!!! Hehehe...

Wani Muchyz Ltd said...

tq ss izal ngn kak zaid. makin dekat dgn hari interview saya makin kurang pula buat ulangkaji. bukan saya tak kerja skg, now memang saya kerja dgn gov tapi sbgi peg sambilan. I got through by ujian bertulis for this current job. Saya akui kurang pengalaman sbb saya bru grad last year. hehehe. Yg pennting, saya kena buat persediaan menyeluruh dri course yg saya ambil sampai lah job as pegawai penerangan sendiri kan. Saya pun sama kak bukan bdk mass comm sebab saya ambik Antropologi sosiologi. tp ini bukan alasan kan as long kita yakin mampu buat, mampu laksana utk jawatan ini.

Zaid Onn Ibrahim said...

yea betul.....
selamat berjaya, insyaAllah kita boleh jumpa klu Japen buat majlis psl saya kerja di JPKK Putrajaya. Dipindahkan dr KK Selayang.

Wani Muchyz Ltd said...

akk..really need ur du'a and more tips. bos sy ckp ada kwn dia as Peg penerangan during intrview utk post ini, para penemuduga lebih cenderung tuk minta kita buat pengucapan umum. is it true? and, how did u give ur answer on how to keep urself relevant for job market nowadays?

Zaid Onn Ibrahim said...

saya rasa bukan beri pengucapan awam, tp boleh beritahu pd penemuduga jika awak adalah pendebat atau orator atau da biasa beri ceramah. kira mcm kelebihan. tp jgn tipu pulak..... sbb pendebat atau orator ni ada sijil....

mcm saya dr bidang perhutanan, jd mmg peluang kerja sgt terhad. jd apa yg saya buat ialah saya bermula dr bwh. dr guru mengajar komputer pd kanak-kanak hinggalah saya jd senior proj exec utk syarikat IT training provider. saya ceritakan pengalaman saya sendiri bgmn saya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dlm bidang komputer. bgmn saya bermula dr A hingga saya boleh pergi ke syarikat lain dan menerima gaji bertaraf siswazah.

Wani Muchyz Ltd said...

never lie :p
saya rasa lega sikit bila akk sndri cakap mcm tu. saya takde bakat jadi pendebat..hehehe.
no wonder la kak. u deserve well in this position. ur spirit to make ur's competent among the others. survival of the fittest la kiranya. Saya pinjam semangat akk. ^_____^

Zaid Onn Ibrahim said...

laaa..... terima kasih la memuji... ;p uisshhh malu lak...

apa pun akak ucapkan selamat berjaya.
buat elok2 insyaAllah klu ada rezeki tak mana. Yang penting usaha.

Anonymous said...

salam kak..sy pn br usya2 blog akk ni..i found it really interesting cz u manage 2 give information 2 ppl like me who is craving 4 knowledge..

sgt2 mmbntu blog akk ni..keep up good work kak..byk pahala akk dpt :)

sy pn dpt interview utk pgawai penerangn (S41), dia kata kementerian penerangan, so kna fokus on KPKK la eh? bkn KKM kn..knfius jgk ni..

pls help me..

Zaid Onn Ibrahim said...

peg penerangan ada 2 jenis
1. peg penerangan
2. peg penerangan (pendidikan kesihatan)

Peg penerangan pertama di bawah Jabatan Penerangan (KPKK). boleh berkhidmat sebagai peg penerangan Japen atau PRO di kementerian2, jabatan2 dan agensi2 kerajaan.

Klu interview dengan KPKK perlu tahu byk isu semasa, hal ehwal politik, tahu apa itu Japen dan fungsinya.

Peg penerangan kedua khas untuk KKM sahaja. Di mana ia berfungsi sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk menangani isu dan masalah kesihatan di Malaysia. (jika tidak silap saya).

Klu interview dgn KKM perlu tahu isu semasa kesihatan di malaysia, kenali KKM, tahu serba sedikit ttg perubatan....

Cuba periksa web SPA, kedua-dua jawatan ini ada diterangkan di sana.

4 ur interview, wish u best of luck, buat baik2 kay. ;)

Wani Muchyz Ltd said...

akk, means utk saya Peg Penerangan s41 Jabatan Penerangan Malaysia tak sm la dgn peg penerangan utk kementerian penerangan kan? maksud saya dr segi skop temuduga nti.. KPKK mesti lebih meluas drp Japen kan? i wish. heheh

Zaid Onn Ibrahim said...

japen tu jab di bawah KPKK la....

peg penerangan KPKK dtg dr Japen.... because hanya japen sj yg ada peg penerangan. kementerian, jabatan dan agensi kerajaan lain akan guna peg penerangan kader dr japen.

kan hanya ada 2 jenis peg penerangan...
1. peg penerangan
2. peg penerangan (pendidikan kesihatan)

klu dpt temuduga peg penerangan shj maksudnya di bawah japen.

** saya rasa, penerangan saya sgt jelas....

Anonymous said...

Hi akak..saya merupakan seorng pemegang kad oku..dan mendapat temuduga pgwai penerngan s41..sangat berdebar unk intrvw tu..

Anonymous said...

salam... kak zaid, thank for ur good information.
sy pun dpt intrview peg penerangan pd 17 julai ni... nervous sgt... nasib baik jmp akak punya blog ni... tips akk bnyk mmbantu... doa kn ye kejayaan sy... trima kasih skali lg...

-zazaa yuusuf

Wani Muchyz Ltd said...

maafkan saya klu ada pertanyaan yg menjengkelkan akk. saya bertanya utk kepastian. Alhamdulillah, terima kasih atas penerangan akk. ^____^

Anonymous said...

Salam Kak zaid,

Sgt termotivasi bace ur blog. Sy dpt interview juga Peg Penerangan 18 July ni. Wish me luck ya. Hope ur tips dkt blog ni can help me. Berharap dpt position ni, n klau ad tips lg share la kt sni :)
tq kak, happy working :)

~durrah~

Anonymous said...

Salam ms zaid..just one quest..u mean japen is the shotform for jabatan penerangan?

Anonymous said...

Salam
Saya baru lepas intebiu. Cara yg agak santai dan hanya lebih kpd berborak mengenai diri saya. Saya agak calon yg terpilih sudah cukup qouta. Sbb tu bila giliran sy penemuduga hanya berborak santai dan tiada soalan susah

Zaid Onn Ibrahim said...

maaf sudah lebih seminggu tak dpt cari masa membuka blog ni.

First of all pada wani muchyz, soalan kamu tak menjengkelkan pon.... but you kept asking the same question, da x jumpa ayat yg nk disusun dah... anyway klu terasa sorry, but truly i x rasa jengkel or marah or any yg negative...

Thanks durrah, wish you good luck too...

A'ah Japen adalah singkatan untuk Jabatan Penerangan Malaysia

Jgn ckp mcm tu.... dgn saya pon borak santai saja.... mereka berlawak, ada masa mereka gelak2kan jawapan yg kita bg.... kadang2 yg rasa mcm x dpt tu yang nnt dipanggil kerja. Be positive, saya doakan saudara/saudari berjaya, insyaAllah....

Zaid Onn Ibrahim said...

I just saw seorang yang kata dia pemegang kad OKU, nothing to worry dear, in fact kat Japen mmg ada seorang staff yg oku juga (i jumpa dia dlm tempoh sebulan di Japen klu ada yg lain mungkin saya x berkesempatan berkenalan), takde apa membezakan kita , semua org melalui proses yg sama dan berjaya sampai ke peringkat interbiu jadi yakin dgn diri sendiri!! good luck ;)

Anonymous said...

Faizul: betul tu kak...yg sempurna ataw yg kurang upaya, sama je...yg penting semangat dan keyakinan diri perlu ada..saya pun masih menghitung hari untuk ditemu duga ni,..semoga apa yang kita lakukan mendapat berkat dan restu olehNya...good luck juga untuk rakan- rakan yang lain..hehe

Anonymous said...

Hi Kak.

Interview sy dh lepas. interview quite santai jgk. mcm bkn interview. just borak2. ntahla, doa & harapan to get that position, but ada rzeki adalah. kn kak?

Btw, selamat berpuasa kak! :)

~Durrah~

Anonymous said...

Hi Kak.

Interview sy dh lepas. interview quite santai jgk. mcm bkn interview. just borak2. ntahla, doa & harapan to get that position, but ada rzeki adalah. kn kak?

Btw, selamat berpuasa kak! :)

~Durrah~

Anonymous said...

Good job on setting up this blog. It is good to see how a simple blog could unite so many people from different places. I just had my interview for Pembantu Penerangan. Anyway, just want to share my personal experience of being told to stand up and conduct my own "ceramah" to general public. It is quite funny since I thought my scope would be more to assist both Pegawai Penerangan and Penolong Pegawai.. I agree with Zaid that this is a "talking" business and being in this ministry also means that we as the frontline for the government need to play important role as a bridge between Rakyat and Government. Anyhow, With so many people are applying for this job, I'm not sure if I will be accepted, but I'm really excited to be part of JAPEN family. Thank you for this blog, it is very reassuring seeing other people with the same common goal as mine. I pray for all of you to be successful in the interview and InsyaAllah if we do get accepted, let us all be a strong family. Warm regards, Noor

Anonymous said...

hi kak..

sy interview 17hb haritu. spjg menunggu tarikh interview, sy slalu sggah blog akak tuk dptkan info2 ttg peg penerangan nie...sgt berguna ms interview haritu. lebih2 1st time temuduga tuk sektor awam nie. kebanyakan y attend haritu same course with me (HR).kpd y interview spjg bln julai nie, same2 lah kite doakan lulus dan berjaya :)

ida::

Anonymous said...

Nak tanya, resume kena dalam bahasa melayu ke english ye?

Zaid Onn Ibrahim said...

sory all, selepas 6 bulan, ni la br buka blog. waktu saya g interview resume saya in english, x sempat nk translate...

Anonymous said...

resume utk calon pegawai mcm mana u buat hari tu? ajar skit. i hv no idea ni

ss_izal said...

After sso long,melihat balik kenangan sebelum dapat keje peg penerangan ni. Rupanya nadia ameer tu batch saya and tak tau lah berapa ramai yang dapat Tu pernah melawat blog ni tapi as anonymous. Tq tp zaid for that. Your blog come in to ten when searching for tips for leh penerangan. Thats why ramai melawat thus post. Tq again. Anyhow i pakai resume template dr jobstreet je.haha


evelyn jibin said...

hai salam sejahtera saya ada terima surat panggilan peperiksaan memasuki pegawai penerangan (pelajaran kesihatan)gred s41..boleh tak bagi tips2 macam mana nak jawab soalan dan lulus ujian tu terima kasih..boleh email ke lynejib@gmail.com..29hb ogos ni dah nak duduk exam..pls and tq..

Noor Aziela said...

evelyn jibin...were are same. saya pun nk tau apa tips and apa yg perlu dibaca...soalan math, atau apa sahaja. please email me. nooraziela_uitm@yahoo.com. 29/8 ni..ada exam jugak..tq.

Anonymous said...

nurul..

sy pun dpt gak..ada sesiapa tau tips2 exam pegawai penerangan..

Anonymous said...

saya pun dapat...antara nak pergi and tak..aziela sit exam kat mana? hope boleh share apa yg patut
amni78@gmail.com

Anonymous said...

saya pun dapat...antara nak pergi and tak..aziela sit exam kat mana? hope boleh share apa yg patut
amni78@gmail.com

Anonymous said...

saya pun dapat...antara nak pergi and tak..aziela sit exam kat mana? hope boleh share apa yg patut
amni78@gmail.com

Dharmiza Yusof said...

salam, blog ni sangat membantu.tq sesangat.29/8 ini akan ada exam untuk jawatan ni,berdebar rasa sebab xtahu nk fokus kementerian penerangan ka kkm. setelah baca entry2 di atas, skop tu da mengecil..apapon semua cuba yang terbaik..mana tao ada tips lain kn. tapi kalo ada tips nk gak..share2.. :)

epic_nippo@yahoo.com

ss_izal said...

baca balik post post di atas sure ada tips punya, owner blog ni pegawai penerangan dengan kem penerangan, saya plak ada bagi sikit guide bila diinterview, saya under kkm

Leyza Gee said...

hi..sy br dpt utk PAC n interview pd 26hb n 27hb ni..blh x tlg bgtw pengalaman bg sesape yg pnh pegi PAC. sy xde idea lgsg ttg PAC ni..ape yg dibuat ms PAC ni ek? then mmg semua yg pegi PAC ni kn mmg semua konpom interview ke? pls share ur experience..wish me luck k..tq for those yg bc n reply my komen ni..

Leyza Gee said...

hi..sy br dpt utk PAC n interview pd 26hb n 27hb ni..blh x tlg bgtw pengalaman bg sesape yg pnh pegi PAC. sy xde idea lgsg ttg PAC ni..ape yg dibuat ms PAC ni ek? then mmg semua yg pegi PAC ni kn mmg semua konpom interview ke? pls share ur experience..wish me luck k..tq for those yg bc n reply my komen ni..

AJ said...

Hi, sya juga dpt PAC & interview 26-27hb nie utk P.Penerangan Pelajaran Kesihatan..first time interview dgn goverment..hopefully ss_izal boleh bg guide utk pac/interview ni.. cherish_aj@yahoo.com thanks and all the best utk kwn2 lain..

ida said...

Salam. Saya juga dapat panggilan pac 26-27oct ni. Banyak info yang saya dpt dr blog ini. Thanks sis. Anyway,saya tidak bertudung dan dinasihatkan bertudung jika ingin impression yang baik jika interview kjaan. Betul ke?sebab last time saya passed pac ptd tp gagal final intrview.mohon share tips2 kecil yg boleh membantu.

Anonymous said...

salam,terima kasih atas perkongsian ini.saya mendapat temuduga untuk jawatan peg penerangan pelajaran kesihatn untuk sesi temuduga 26/27 oktober ni..saya sedikit riasau sebab saya pun takde idea sangat google pun tak banyak membantu tentang ni.saya baru sahaja habis belajar konvo pun belum, jadi saya sedikit takut jika di provoke dengan soalan2 tentang kerja dan kenapa saya unemployed...anyway thanks kerana blog ni banyak memberi saya idea tentang interview peg penerangan.

Anonymous said...

assalam
utk batch 2013/2014 yg gi interview spa 26/27 haritu ada yg dah dapat result?

Anonymous said...

Hi kak zaid, sy slalu view blog akak ttg jwtn ni & alhamdulillah sy dh b'jaya..b'debar untuk tau result di posting kemane.. Tqvm,blog akak sgt m'bntu! Jge buat saudari izal,tqvm 4 sharing da info too! From aishah

Anonymous said...

Assalam
Sy dpt temuduga Pemb.Penerangan pd ujung bln nie...ade tips tak utk jwtn ni? Sy betul2 blurrr nie...

Anonymous said...

Sy dah dapat surat dari SPA tapi surat dari kementerian tak dapat lagi. Bila saya boleh hantar surat berhenti pada company sekarang? Sy perlu tggu surat dari kementerian baru hantar berhenti?

Anonymous said...

Hi everyone..This blog really help me utk psiapn interview dlu..And thanks God sya jga berjaya.. To aishah & anonymous, congrats :) nti dah dpt posting share2lah news ok.. btw surat spa & kkm mmg xdpt lg..huhu..waiting dgn sabar -yaya joe-

Anonymous said...

Aishah dlu interview kat mna?

Anonymous said...

Keputusan penempatan dah diumumkn..:)

Anonymous said...

Kt trganu..alhmdulillah posting pn di trganu ;)

aa said...
This comment has been removed by the author.
Lubuk Online said...

salam. buleh saya tau tak masa peperiksaan pegawai penerangan soalan mengenai apa yang banyak keluar?apa yang perlu saya beri focus untuk revision skit.

MOHD.IZZUDDIN FITRI ABD AZIZ said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat tuan tanah, dan kepada komentar di dalam blog ini.

Saya juga salah seorang calon peperiksaan untuk jawatan

Pegawai Penerangan S41.
Tarikh: 1 Mac 2014
Tempat peperiksaan: Politeknik Kota Kinabalu Sabah.

Hati saya bertukar daripada berdebar-debar menjadi berkobar-kobar setelah melawat blog ini.

Perkongsian ini memberi semangat yang luarbiasa kepada para pembaca lebih tepat lagi calon Pegawai Penerangan. Tahniah kepada kakak (^_^)

Saya berharap sangat untuk mendapat jawatan ini. Pada bulan lalu juga saya telah menghadiri Pegawai Kebudayaan B41 dan telah gagal peperiksaan. Pada waktu itu, saya sempat bertanya kepada pegawai penemuduga satu soalan yang saya rasakan amat penting untuk saya tanya tetapi ragu patutkah saya tanyakan? Mohon kakak dapat memberi pencerahan.

Soalannya berbunyi:

Apakah kelemahan saya dalam peperiksaan kali ini?

p/s: saya bertanya kekurangan saya supaya dapat diperbaiki pada masa hadapan. Bolehkah bertanya begitu? dan Adakah ia wajar?

nik syamsul said...
This comment has been removed by the author.
nik syamsul said...

Assalamualaikum semua.
Setahu saya ada pihak yang kluarkan panduan utk exam 1 mac ni.
Panduan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 bakal diterbitkan 24 Februari 2014.

kena daftar nama dan emel untuk dapat notifikasi melalui email.
Copy link ni n paste kat address bar atas --> http://goo.gl/kWXAKl

Besok bleh check email.

Harap dpt bantu skit sbyk. :)

Bina Kerjaya said...

===================================
Khas untuk Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan
===================================

Salah satu FAKTOR GAGAL calon exam SPA adalah kerana tidak cukup masa untuk buat persediaan. Ya lah, ada calon yang sudah bekerja dan ada kekangan masa. Untuk tindakan pantas, alangkah bagusnya jika ada rujukan khas yang dapat menjimatkan masa persediaan calon kan?

Eh, siapa kata tiada rujukan KHAS? Ini rujukannya;

[+] http://jvsecurepay.com/access/28py/1206?camp_id=401

Izzuddin Hamim said...

alhamdulillah..saya juga baru dapatkan tips dari info kerjaya psl peperiksaan pegawai penerangan ni..lulus atau tidak saya tak tau tp setidak tidaknya ade panduan so bole la dapat gambaran format atau contoh soalan2 yang akan di tanya..good luck kepada sahabat-sahabat yang sama2 exam 1 Mac nanti

sape yang nk dapatkan tips tersebut bole gak pegi sini -->> http://bit.ly/TipsLulusExamPegawaiPenerangan2014

Amirul said...

Untuk saudara dan rakan yang akan menduduki peperiksaan Pegawai Penerangan 1 Mac nanti. Anda boleh dapatkan Pakej Rujukan Bertulis Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 mulai hari ini.

DOWNLOAD DI SINI >>>>
[+] http://jvsecurepay.com/access/28py/1206?camp_id=401

Panduan ini telah di buka untuk jualan umum pada
hari ini dan anda boleh mendapatkannya dengan
kadar segera melalui link pembelian di atas

Razlan said...

Selamat sejahtera,

Perlukan panduan untuk exam PEGAWAI PENERANGAN S41?

Dapatkan sebelum terlambat di sini:

http://goo.gl/PvLxEY

Panduan tersebut hanya ada sehingga KHAMIS INI SAHAJA!

Segera dapatkannya supaya anda lebih yakin dan bersedia!

http://goo.gl/PvLxEY

Aina said...

[Nota Exam SPA] Pegawai Penerangan S41

Panggilan Spa 1 Mac 2014

klink nama aina, ada panduan di situ atau link dibawah.


http://jvsecurepay.com/access/28py/1206?camp_id=401

Shamsul Rizal Ibrahim said...

Assalamualaikum kepada rakan- rakan semua. Saya merupakan bekas eksekutif dari Universiti Teknologi Petronas. Saya bekerja disana hampir 12 tahun..Saya menerima separation package (VSS) yang diberikan.. Tiada pilihan..Walaupun berat hati nak meninggalkan UTP..Saya bekerja dengan penuh dedikasi, bertanggung jawab, professional dan bersungguh- sungguh begini mereka buat kat saya..Kesusahan saya sekarang hanya Allah yang tahu..Hutang kereta, rumah, kad kredit..x dapat nak bayar. Saya hilang pendapatan sekelip mata. Sedikit harapan yang cerah utk masa depan apabila surat panggilan ujian SPA untuk pegawai penerangan diterima..Saya tengah tunggu result pada 5 April 2014 ni..risau dan berdebar-debar.. Boleh sesiapa jelaskan tentang ujian kompentensi pegawai pe nerangan? Apakah ujian bertulis yg diberikan? Apakah kerja kumpulan yg dimaksudkan? Terima kasih

Shamsul
sham159@yahoo.com
www.biopurek-series.com
www.biopurek-series.com/blog

Anonymous said...

Alhamdulillah sy lulus peperiksaan peg penerangan pada 1 mac 2014 lepas. Skrg tengah tunggu panggilan untuk PAC & temuduga. Agak berdebar-debar tapi blog ni sangat membantu. Tidak mahu terlalu mengharap akan dapat jawatan ni tapi akan cuba sebaik mungkin. Terima kasih pada semua sebab sudi berkongsi ilmu, tips & pengalaman berkenaan jawatan ini. Memang sangat berguna.

Anonymous said...

Pertama2..assalamualaikum TT..terima kasih..sedikit sebanyak blog ni byk mmbantu..

Anon 8apr..kita sama laa..pac dkt poli kan?jumpa di sana yeee..all da best! Percaya pd rezeki ^_^

Anonymous said...

Anon 12apr..aah la dkt poli..ok all da best to u too! btol2..prcaya pd rezeki..good luck to us! :)

Little Lily said...

salam....saya dah lulus ujian...
10-11hb mei ni ade PAC & temuduga kt Poli PD...
dlm jadual tu ade sessi debat ala parlimen...
mcm menakutkan je.hehehehe...
bole bg tips tak...selalunye debat pasal ape ek?
dan mcmane?maaf... saya xpernah join debat sblm ni.....

Anonymous said...

Salam, firstly, i want to say tqvm sbb share tips kat sini.
Saya bakal menduduki pac & temuduga di poli shah alam pada 5 & 6 mei.
Hi little lily, saya pun rasa mcm apa yg awak rasa.
Part debat tu mmg rs menakutkan, maybe sbb kita berdua xpernah join debat kot.
Btw, bole tak sesape terangkan mengenai pac especially part debate.. tq!

Anonymous said...

Little Lily...sy pun dpt pac & temuduga dkt poli PD 10 n 11hb Mei ni..see u there ya! ^^

Anonymous said...

Saya pun sama...Dapat PAC dan temuduga di Politeknik PD...Saya risau la...Empunya blog or anyone bagi la tips sikit...Little Lily ade tips tak???

Anonymous said...

Anon 27 apr..awak sudah hadiri interview pada minggu lepas kan? so how was it? jika tak keberatan, boleh share experience tentang pac dan interview tu? atau mungkin ada sape2 yang dah lepas sesi minggu lepas? tqsm...

ss_izal said...

Salam semua, apa khabar. Jangan segan2 membaca dari awal ya, terutama bahagian komen. Bnyk info kamu boleh dpt bila baca komen. Tq kepada zaid wujudkan platform ni.

Post a Comment